Monday, December 14, 2009

Mc & Exam ???

Assalamualaikum....

Em.....mc???? Exam??? Yup memang dari bulan lepas ada yang tak kena. 28 November baru aku ngan hubby joined Marathon untuk Carnival Beach @Batu Ferringhi (sorry tak der gambar). Jangan tak caya aku lari 10km dari pantai batu freringhi ke pantai teluk bahang... tuhan jer tahu macam nak tercabut lutut aku nih..he he tapi paling best hubby bagi full support masa tengah termengah mengah.....dan aku sempurnakan 10km tu dengan 1 jam 45min. He he memang aku group yang kebelakang. Esoknya biasa la sengal-sengal badan tapi lepas 4 @ 5 hari lutut aku bengkak....hu hu aku g penang gh dapat mc seminggu, nama jer mc seminggu tapi hampeh nak naik turun tangga seksa yang amat! So, hari sabtu aku decide nak p urut kaki, alhamdullilah sekarang dah ok.

Anak-anak pulak mentang-mentang la umi dia mc seminggu so duk umah jer tak habis-habis suh pasang dvd. Kakak dengan CD Princess dan Thinker Bell, adik pulak biasa la " miiii cd ipin mi, cd mi" adui satu hari dekat sepuluh kali pasang. Syukur la anak tak kacau sangat time umi dia sakit ....alhamdullilah..

Pagi ni pepagi aku da siap nak ke Dewan Utama Pelajar untuk exam perkhidmatan. Elok sampai jer sana.....subhanallah 1 ruang parking pun tak der.....eiiii geram tul sedangkan aku sampai seawal 8 pagi, (exam kul 9) rupanya parking semua dicontrol oleh student PJJ, hampeh!! Melilau la carik parking dapat jugak la tapi betul2 kat selekoh...em tak kisah la...langkah ke dewan tu dengan bismillah....soalan ada yang ok, ada yang ko...tawakal jer la. Apa pun esok kertas II hopefully aku buley jawab dengan baik. Kengkawan jangan lupa doa ya, moga-moga aku lulus exam ni....buley la cepat sikit dapat pengesahan he he....

jumpa lagi...

2 comments: