Tuesday, October 27, 2009

Anakku sayang


Rasa lama sangat tak update blog nie..cewah baru seminggu lebih. Entry kali ni nak cerita tentang anakku yang sulong ni..Balqis. Entah kenapa sejak hari Sabtu hari tu asyik buat perangai jer..yang tu tak kena, yang ni tak kena. Selagi tak dapat apa yang dia nak selagi tu lar dia akan nangis. Menangis, menangis dan menangis. Umi dah penat sayang! Umi penat sangat dengar Balqis nangis.

Malam minggu tu lepas balik dari rumah Tok Ba aku bawak Balqis jalan-jalan kat kawasan rumah sembang-sembang dengan dia sampai dia betul-betul mengantuk baru kami balik rumah. Time tu dah dekat pukul 12 tengah malam. Terfikir jugak sebenar bila dia bersama aku dia okey sangat. Dalam hati ni terlintas sebenarnya mungkin dia perlukan perhatian dari aku. Mungkin dia perlukan masa untuk kami berdua. Yup dia baru 3 1/2 tahun. Terlalu muda untuk ada adik yang dah berusia 2 tahun. Mungkin dia buat perangai sebab tu aja cara dia nak tunjukkan emosi dia. Umi minta maaf sayang! Mungkin aku terlepas pandang perkara nie.....ataupun setiap kali Balqis nangis aku sendiri yang tension dan terlupa yang dia sebenarnya perlukan perhatian aku.

Jika nak bandingkan dengan adik, lain pulak. Adik pandai wat hal sendiri. Tak banyak merengek..menangis..Boleh dikatakan selalu kalau bergaduh (biasa la bebudak) mesti adik yang mengalah. Jangan tak percaya. Contohnya macam semalam, nak sampai rumah singgah kedai beli keropok. Masing-masing ambil keropok yang berlainan. Stail kakak ni dia test adik punya then dia rasa sedap so terus dia tukar keropok dengan adik..mula adik marah gak pastu diam jer...makan la keropok kakak. Sian adik...

Sampai bila agaknya macam ni yer? Bila agaknya kakak akan berhenti nangis? Mungkin satu hari nanti......cuma tak pasti masanya......

Ya Allah berila aku kekuatan untuk aku membesarkan anak-anakku dengan sempurna.

Wednesday, October 21, 2009

Gambar Induksi

Gambar peserta Kursus Induksi Umum dan Khusus Kumpulan II (Siri 3/2009) pada 12-16 Oktober 2009 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang


Tuesday, October 20, 2009

Kisah Seminggu

Assalamualaikum...

Rindu rasanya nak tulis kat blog ni, kiranya macam tidur tak lena gitew...cewah..Rasanya banyak sangat nak cerita pasal seminggu ni, yer lah mula pasal induksi dalam masa yang sama jabatan saya ada menganjurkan conference di Parkroyal , Bt Feringghi (maaf pada staf PTPM sebab tak hadir sebab ada kursus induksi) dan masa induksi saya diserang selsema yang teruk dan masih tak baik sampai hari ni, hari isnin 19 Oktober 2009 saya Mc dan hari tu jugak Birthday My little Princess Nur Marsya genap 2 tahun.

Induksi yang saya hadir tak ramai sangat dalam 20 lebih jer tapi meriah sangat. Kengkawan yang hadir pun best-best dan sporting termasuk lah penceramah yang bagi taklimat. Buat Wati dari Unit Latihan, thanx for your support, we really appreciate it. Selama 5 hari di Unit latihan saya banyak didedahkan mengenai pembangunan diri & pasukan, akta-akta badan berkanun, persaraan, kebajikan staf dan banyak lagi, yer lah 5 hari kan??? Kesimpulannya memang best dan saya dah mohon untuk peperiksaan perkhidmatan untuk sahkan jawatan. Moga-moga Allah permudahkan urusan saya yer...

Buat anakanda kesayanganku Marsya Happy Birthday, insyaallah ummi akan beli kek dan hadiah yer, sorry sayang ari tu ummi tak sihat. Semoga Marsya jadi anak yang solehah. Ummi sayang kakak dan adik okey! Muahhsss

Thursday, October 8, 2009

Induksi Oh Induksi

Assalamualaikum...

Isnin minggu depan saya akan berkursus (induksi) so rasanya tak dapatlah nak jengah blog kengkawan, blog sendiri dan yang paling sedih sekali tak dapat nak berforum kat RH. Sahabat RH yang banyak bantu saya especially suealeen, wina, pija^eri dan kengkawan lain. Rasanya tanpa mereka tak lah cantek blog saya nihhh....he he (cantik ke?)

Macammana kursus induksi yer? First time nih..em tak pe lah tunggu jer entry akan datang saya akan cerita dalam blog ok. Salam sayang (untuk 1 minggu yer) buat pembaca blog saya.

p/s : actually blog ni belum selesai dimake up, insya allah lepas induksi yer....saya akan update!

Monday, October 5, 2009

Balqis & Marsya Beraya











Nurul Balqis adalah puteri sulong saya, umur 3 1/2 tahun dan puteri kedua, Nur Marsya. Ada masa kedua2nya caring sangat antara satu sama lain tapi....kalau time gaduh..jangan cakap la... biasanya kakak yang menang, adik yang mengalah..tengok keadaan jugak la..Abah budak-budak ni plak suka sangat mengusik..orang Penang kata menyakat..emmm mana-mana lah.. apa pun layan la..gambar-gambar time raya ari tuh..








Assalamualaikum...

This is my first time...
so, tak banyak idea lagi nak tulis..anyway thanx kepada yang sudi baca ok..
insyaallah saya akan sambung pada entry akan datang..okeesss