Monday, November 23, 2009

Cerita ceriti

Tengok tu adikk.....

Kakak & umi


Adik & umi




Buat-buat sms ke sayang?

Adik nak fight ke?

Gelak banyak nangis pun banyak

Aksi happy kakak

Assalamualaikum...

Berhabuk rasanya blog nie...he he, bukannnya tak nak update cuma mood tu tak datang......sajer jer...kalau nak menempek kat Ratuhati ada lak masa kan...2 @ 3 minggu lebih suka baca entri kengkawan jer..termasuk la RH, tak banyak pun yang saya reply hu hu...

Ok nak cerita sikit tadi saya baru terima surat dari HR....eiiii belum bukak envelop tu dah agak ni mesti surat panggil untuk exam perkhidmatan...ta da...memang betul! ya allah tolong la satu habuk pun tak baca apa lagi...apa la nak jadi dengan aku ni..wakakaka time ni baru sibuk nak tanya sana tanya sini..yer lah risau tau...member cerita ada yang 4 kali exam pun tak lulus lagi...waaaaa takut...bukan apa kalau lulus cepat la saya confirm he he.....yang lain pun tak settle lagi ada hati nak confirm cepat..uwekkkk

Layan la pic semalam ke atas tu, g McD...kakak nek angin semalam, tido tak cukup...elok berhenti depan McD jer mood dia elok balik...adik macam biasa la happy jer....cayang anak umi...

Monday, November 9, 2009

Zoo Taiping






















Salam...


Semalam saya + husband + anak2 ke zoo taiping...da lama plan nak ke sana tapi ada jer hal, so saya apply cuti hari isnin (husband tak suka hujung minggu, sesak katanya). Pepagi saya dah bangun, pas solat subuh, saya wat nasik goreng & sandwich. Sandwich tu makan dalam keta on the way nak ke sana. Kami bertolak pukul 9.15pagi...belum naik Penang Bridge kakak dah tanya "umi, dah sampai zoo ke umi" adoi....sepanjang perjalanan dia tanya dah sampai ke belum...... sampai tertidur..sian anak umi. Adik pun tido gak...elok sampai jer zoo lebih kurang pukul 11.15pagi, dua dua bangun...he he suka betul bebudak tu.


Memula sampai beli tiket, untuk dewasa Rm12, kanak2 bawah 3 tahun free..so kakak kena bayar, RM8. Mula kitaorang jalan kaki...pusing habis satu zoo tu...budak2 memang seronok. Adik excited nak jalan....yer la baya tu tau nak jalan jer....em kereta tak de...jalan la puas2 ok! Kakak pulak excited nak tengok elephant dgn giraffe....bila tengok, terkezut dia betapa besarnya elephant tu....

Da habis jalan....awal lagi so kitaorang naik keretapi pulak...keretapi ni tak berenti ...sambil lalu jer, so tak berapa nampak sangat haiwan yang ada, puas hati kami dah jenjalan tadi, time naik ketapi tu hujan renyai...ok la...janji anak-anak hepi....layan gambar ni okey...

Monday, November 2, 2009

Arissa

















Assalamualaikum...

Sebenarnya dah lama saya nak 'post' kan citer tentang Arissa tapi baru dapat compile gambar-gambar dia tadi. Nak citer sikit Arissa anak sahabat baik saya Noorzilah Md Zaki. Bertugas sebagai anggota polis di Balai Polis Jerteh. Zila nie kawan baik saya semasa kami bekerja di Penang GH. Kiranya kawan sebantal la orang kata...baru ni dia melahirkan seorang baby girl. Lepas bersalin tu dia sms saya kata dia dah bersalin tapi anak dia macam ada bintik-bintik merah. Saya pun mulanya dengar heran jugak ...yer la tak leh nak imagine..pas tu dia mms gambar anak dia...inilah dia Arissa. Masa dalam pantang hari tu saya g rumah dia memang bintik-bintik tu banyak.....Sekarang Arissa lebih kurang 6 bulan. Baru ni raya dia datang rumah.... Keseluruhan badan termasuk muka, kaki dan tangan penuh bintik macam campak. Arissa masih lagi dalam pemerhatian HKL, kulit dia telah diambil sample dan masih dalam proses...buat kengkawan boleh la tengok gambar kat atas .....buat Arissa, umi sayang risa ok....muahhhhhh