Monday, December 28, 2009

Disember Datang Lagi..

Assalamualaikum...
Bulan Disember datang lagi.....lagi berapa hari jer dah nak berakhir tahun 2009. Banyak kenangan bersama anak-anak dan suami yang tak mungkin dilupakan. Syukur anak-anak membesar dengan sihat dan yang paling penting kami berempat bahagia sangat.
Sepanjang tempoh tahun 2009 saya bekerja so kuantiti masa bersama anak-anak memang terhad tapi setiap hujung minggu mesti ada aktiviti. Yer lah tahun sebelum ni saya tak bekerja jadi memang 24jam bersama anak-anak, ikutkan masa tu lagi best yer la jadi bos sendiri kat umah he he...boleh masak, keadaan lebih rumah teratur,...nak buat macam mana ada masa terpaksa berkorban untuk membantu suami...alhamdullilah semuanya berjalan lancar..(walaupun penat)
Kakak dan Adik pun dah besar....minggu depan kakak mula masuk tadika PASTI. Risau sangat, he he anak nak masuk sekolah, umi dia plak yang lebey-lebey..yer la excited sangat. Minggu depan aku cuti pagi sampai hari khamis, harap-harap hari jumaat tu kakak dah okey. Jangan la wat hal nak balik pulak....yang tu la paling saya risau....he he. Adik kena duk umah okey kena tunggu kakak balik yer sayang...
Hari ni last aku kerja, esok da start cuti sampai minggu depan. Kira nya tahun baru nanti baru mula kerja balik. Semoga tahun depan membawa lebih keceriaan dan keberkatan buat kami sekeluarga.

Sunday, December 20, 2009

Tag from Lady

Salam.....

Ini tag yang pertama aku buat. Sebelum ni ada jugak dari member-member lain tapi tak berkesempatan, I'm sorry ok. Memandangkan tag dari Lady ni paling senang dalam dunia (chewah chewah) dan katanya ditujukan kepada 140 orang followersnya dan keadaan amat mengizinkan so aku mulakan yer tag yang semuanya bermula dengan SAYA SEDANG.......

1. SAYA SEDANG menghitung hari macamana kakak nak masuk tadika Januari nanti
2. SAYA SEDANG duk kat office keseorangan (yang lain semua cuti)
3. SAYA SEDANG ym dgn hubby tersayang
4. SAYA SEDANG layari mudah.com nak cari second home
5. SAYA SEDANG pegang tissue....he he cecema
6. SAYA SEDANG 'update' blog saya
7. SAYA SEDANG layannnn lagu-lagu slow rock 90'an
8. SAYA SEDANG fikir lunch nanti rasanya nak makan McD

Tamat sesi menjawab tag! Buat teman yang belum pernah dapat tag ni, sudi-sudi kan lah yer...
Adiosss

Monday, December 14, 2009

Mc & Exam ???

Assalamualaikum....

Em.....mc???? Exam??? Yup memang dari bulan lepas ada yang tak kena. 28 November baru aku ngan hubby joined Marathon untuk Carnival Beach @Batu Ferringhi (sorry tak der gambar). Jangan tak caya aku lari 10km dari pantai batu freringhi ke pantai teluk bahang... tuhan jer tahu macam nak tercabut lutut aku nih..he he tapi paling best hubby bagi full support masa tengah termengah mengah.....dan aku sempurnakan 10km tu dengan 1 jam 45min. He he memang aku group yang kebelakang. Esoknya biasa la sengal-sengal badan tapi lepas 4 @ 5 hari lutut aku bengkak....hu hu aku g penang gh dapat mc seminggu, nama jer mc seminggu tapi hampeh nak naik turun tangga seksa yang amat! So, hari sabtu aku decide nak p urut kaki, alhamdullilah sekarang dah ok.

Anak-anak pulak mentang-mentang la umi dia mc seminggu so duk umah jer tak habis-habis suh pasang dvd. Kakak dengan CD Princess dan Thinker Bell, adik pulak biasa la " miiii cd ipin mi, cd mi" adui satu hari dekat sepuluh kali pasang. Syukur la anak tak kacau sangat time umi dia sakit ....alhamdullilah..

Pagi ni pepagi aku da siap nak ke Dewan Utama Pelajar untuk exam perkhidmatan. Elok sampai jer sana.....subhanallah 1 ruang parking pun tak der.....eiiii geram tul sedangkan aku sampai seawal 8 pagi, (exam kul 9) rupanya parking semua dicontrol oleh student PJJ, hampeh!! Melilau la carik parking dapat jugak la tapi betul2 kat selekoh...em tak kisah la...langkah ke dewan tu dengan bismillah....soalan ada yang ok, ada yang ko...tawakal jer la. Apa pun esok kertas II hopefully aku buley jawab dengan baik. Kengkawan jangan lupa doa ya, moga-moga aku lulus exam ni....buley la cepat sikit dapat pengesahan he he....

jumpa lagi...