Monday, December 28, 2009

Disember Datang Lagi..

Assalamualaikum...
Bulan Disember datang lagi.....lagi berapa hari jer dah nak berakhir tahun 2009. Banyak kenangan bersama anak-anak dan suami yang tak mungkin dilupakan. Syukur anak-anak membesar dengan sihat dan yang paling penting kami berempat bahagia sangat.
Sepanjang tempoh tahun 2009 saya bekerja so kuantiti masa bersama anak-anak memang terhad tapi setiap hujung minggu mesti ada aktiviti. Yer lah tahun sebelum ni saya tak bekerja jadi memang 24jam bersama anak-anak, ikutkan masa tu lagi best yer la jadi bos sendiri kat umah he he...boleh masak, keadaan lebih rumah teratur,...nak buat macam mana ada masa terpaksa berkorban untuk membantu suami...alhamdullilah semuanya berjalan lancar..(walaupun penat)
Kakak dan Adik pun dah besar....minggu depan kakak mula masuk tadika PASTI. Risau sangat, he he anak nak masuk sekolah, umi dia plak yang lebey-lebey..yer la excited sangat. Minggu depan aku cuti pagi sampai hari khamis, harap-harap hari jumaat tu kakak dah okey. Jangan la wat hal nak balik pulak....yang tu la paling saya risau....he he. Adik kena duk umah okey kena tunggu kakak balik yer sayang...
Hari ni last aku kerja, esok da start cuti sampai minggu depan. Kira nya tahun baru nanti baru mula kerja balik. Semoga tahun depan membawa lebih keceriaan dan keberkatan buat kami sekeluarga.

6 comments:

  1. happy new year in advance norita...
    semoga tahun baru ni emmbawa lebih perkara baik untuk kita semua..

    ReplyDelete
  2. selamat tahun baru norita & harap² tahun akan dtg ni mencurahkan lebih banyak kebahagiaan kpd norita & family :-)

    ReplyDelete
  3. yer wina,

    untuk awak jugak yer...

    ReplyDelete